Wednesday, 28 December 2011

PD OSTRICH

Hai semua,
pernah tengok ostrich ?  . .mestilah kan . .selama ni saya tengok ostrich ni dalam tv je . .#sian kan . .haha . .tapi,hari tuu saya first time bhaii tengok ostrich yang real punya . .ingat kereta je ke boleh race ? ostrich ni pon boleh race gak auuw . .kitaorang tengok show ostrich ni tao . .ada dua orang abang ni naik atas badan ostrich tuu . pastu dorang race . .giler laa . .kesian tengok ostrich tuu  . .abang tuu cakap ostrich ni kuat . .tapi,umur ostrich tuu baru 7 tahun . .semua orang berpeluang bagi makanan kat dia . .letak makanan tuu kat atas tangan nanti ostrich tuu datang makan . .seriously,tak berani nak cuba . .ayahku cakap tak sakit pon masa dia patuk tuu . .walaupon ayah cakap macam tuu aku tetap tak berani . First time,pegang telur ostrich . .bapak besor . .berat laa tuu . .pastu tengok seekor 'donkey' ni . .comel sangat-sangat . .ingat korang je ke ada nama ? donkey ni pon ada nama jugak . .nama dia YUJING . .yang ni saya berani sentuh bulu dia tuhh . .YUJING ni baik sangat2 tao . .


*terima kasih kerana sudi membaca . .

Holiday~~

HAI SEMUA,
Lama giler ta updated blog . .rindu laa pulak . .best taw hari tuu kite pergi port dickson #macambudakbudak . .kite cerita dari awal,okey ? otw nak pergi PD tuu traffic jammed . .boring gak laa duduk dalam kereta . .saya tengok laa pemandangan kat PD tuu . .tiba2 ternampak sesuatu yang menarik . .so,saya bukak cermin kereta tuu . .keluar kan handfhone nak snap picture . .tiba,seorang mamat ni perasan aku nak snap picture dia . .tah laa mamat tuu bukak cermin kereta gak . .pastu dia pandang saya + dia senyum . .malu giler time tuu . .cepat-cepat saya tutup cermin kereta tuu pnadang kat lain #sayanigelabahsikit. .#seriously,mamat tuu handsome sangat2.Walaupun aku pandang dia skejap je . .lepas check in kitaorang pergi makan sebelum ke pantai . .sampai je kt pantai  . .Bapak terkejut . .ramai giler orang . .biasa cuti sekolah kan . .seronok pulak bila dapat main pasir . .hehe . .buat sandcastle dengan abang . .best tau . .pastu kitaorang tanam kaki . .tapi,saya tak dapat nak mikmati nikmat yang sebenar . .sebab tak dapat nak mandi . .hurmm ..kitaorang duduk kat pantai tuu sampai senja . .sebab nak tgok matahari terbenam . .hehe . .best sangat-sangat





















*malas laa na upload picture lagi . .cukup laa ehh . .kalau nak banyak2 snap picture by your own . .okey! !terima kasih kerana sudi membaca . .


Saturday, 3 December 2011

I love u,Mama !!

Hai semua,
Time bukak facebook tadi,tetiba saya terjumpa sesuatu yang boleh dibuat iktibar kepada semua orang.
Ni saya copy and paste je.

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)


Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .

Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .

Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .



Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .



Aku ada pasangan hidup sendiri .



Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .

Bila sedih , aku cari , Mak .

Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !



Tapi kalau mak sudah tiada .



" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !

Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !

Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !



1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

*Terima kasih kerana sudi membaca.bye. . 

Friday, 2 December 2011

You Are My Boyfriend ! !

Hai Semua,
 Yeahh!!Why with my tittle ? "You Are My Boyfriend".Okayy ada yang tak faham.Korang semua jangan salah faham bila tengok tittle tuu . .Try u'all translate kan ayat tuu ke-BM . .ayat tuu akan jadi"Awak adalah kawan lelaki saya" kan , kan . .saje je letak tittle macam tuu . .nak kasi 'gempak' sikit . .haha . .nak dengar cerita tak ?. .Semenjak sekolah menengah saya tak de kawan lelaki pon . .#kesiankan . .Biasalah,masuk sekolah semua budak perempuan macam mana nak ada kawan lelaki  . .#gedikbetul . .Teringat lak zaman sekolah rendah dulu . .ramai juga laa kawan lelaki . .#perasan . . Masa Hari Raya Aidiladha hari tuu,saya baru kenal dengan seorang lelaki melalui kakak sedara . .kakak sedara saya ni bagi laa no fon saya kat laki tuu. .mula-mula saya macam marah gak laa. . sebab bagi no fon saya dekat orang yang tak kenal . .Tengahari tuu,lelaki tuu text saya . .kitaorg berkenalan laa . .dan mula saat tuu,kitaorg text sampai sekarang . .#gedikbetul . .First time,saya text dengan lelaki ni . .dapat rasa kan lelaki baik orang nyer . .dia tak macam lelaki-lelaki lain yang saya kenal . .dia ni Sekolah Agama Menengah ***** ***** . .macam mimpi jadi kenyataan dapat kawan dengan budak lelaki sekolah agama . .#ayattakleyblar . .haha . .dia dengan saya hanya berkawan  . .tapi,saya tak tahu laa . .dia ni anggap saya ni sebagai pe  . .sebab,cara dia layan saya macam bukan seorang kawan . .saya dapat rasakan . .tapi,saya tak tahu laa . .memang dia layan dengan semua orang macam tuu . .saya rasa macam nak bagi tahu dia . .
tapi saya tak berani.





*Awak,jangan terlalu rapat dengan saya,sebab nanti saya akan jatuh cinta dengan awak.Awak jangan text or call saya hari-hari,sebab saya takut saya akan rindu dengan kata-kata awak dan suara awak.Sebab saya takut,bila saya dah start suka/sayang dengan awak,baru awak cakap yang awak cuma anggap saya sebagai seorang kawan .Saya tahu walaupun awak layan saya macam tu,awak hanya anggap saya macam seorang kawan kn ? Awak tolong jangan layan saya macam ni,sebab hati seorang perempuan ni lembut dan cepat tersentuh.#macamdiabacaje.





* Terima kasih kerana sudi membaca.ayat jiwang tak blar saya harap korang semua sabar ye. .bye . .nak peergi mandi + makan . .

Erti Cinta



Hai semua,
baca dan faham kan . .kalau tak nak pon tak pe . .

Cinta itu kalau ditafsir melalui kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll). 

Cinta boleh dizahirkan melalui perbuatan seperti kasihnya anak terhadap ibu bapanya dengan membelikan hadiah, sentiasa mengunjungi ibu bapa yang tinggal berjauhan dan pelbagai bentuk perbuatan yang menunjukkan si anak tadi mempunyai sifat cinta pada ibu bapa mereka.
Cinta juga ditafsirkan melalui ucapan seperti abang cintakan sayang, i love u dan pelbagai ucapan yang diluahkan kepada pasangan masing-masing demi menunjukkan bertapa kita saling menyintai pasangan masing-masing.
Tidak hairanlah pelbagai ungkapan dan pepatah orang dulu yang dijadikan perumpamaan untuk menunjukkan rasa cinta pada pasangan masing-masing. “Lautan api sanggup ke redahi, demi membuktikan cintaku padamu”.
Itu saat cinta yang sudah mula berputik dan berbunga-bunga, tetapi dalam melalui musim percintaan ada juga saat di mana lidah juga tergigit.
Dalam apa jua hubungan pasti ada saat dimana kita bermasam muka, mula menambah curiga dalam diri dan seolah-olah kita tidak mengenali pasangan kita yang sudah 5 tahun kenal, disitu timbul konflik diri dimana kepercayaan terhadap pasangan mula diragui dan terasa seoalah-olah ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan kita.
Ini yang dinamakan krisis diri dimana kita mula merasakan ada perbezaan diantara pasangan kita, cinta yang dulu luhur dan suci kini semakin hambar dek kerana wujud ruang perasaan yang berbeza-beza. Setiap manusia mempunyai keunikan dalam diri masing-masing dan apabila pertembungan antara dua insan yang mempunyai keunikan tersendiri maka disitulah berlakunya konflik dimana masing-masing cuba mempertahankan apa yang mereka ada tanpa berusaha untuk mencari kesamaan yang wujud untuk sesebuah hubungan.
Terlalu kompleks untuk mengulas mengenai cinta, pemahaman terhadap personaliti cinta itu perlu mendalam dan jelas agar sebelum kita mengenali pasangan kita adalah lebih baik untuk kita mengenali diri kita terlebih dahulu. Apabila kita memahami diri kita dan ambil masa untuk kita memahami karekter dan perangai pasangan kita.
Walaubagaimanapun untuk mengetahui rahsia cinta bukanlah perkara mudah dan bukan hanya cinta mee segera, cinta monyet dan sebagainya. Cinta yang lahir dari lubuk hati yang luhur itu bukanlah sesuatu yang hanya berlaku dalam sekelip mata.
*Cintailah Allah SWT. Kerana tanpa-NYa, tiadalah dunia 
ini. 
*Tiada idea nak buat entry apa.Saje-saje je ni.Jangan salah faham erk . .Terima kasih kerana sudi membaca.

Friday, 11 November 2011

Tengok Blog Orang

Hai semua ..
Gara-gara tidur petang  . .rasa macam tak nak tidur pulak malam nie . .diesebabkan cik fatin nie boring  . tidur pun tak nak . .mula laa berjalan pergi tengok blog orang . .tiba-tiba kan terjumpa something yang menarik. . nie laa . .try korang semua baca . .best an , an . .












Terima kasih kerana sudi membaca . .
bye . .good night . .

Part 2:The person who I admire most is Mr.A !!

Hai semua . .
Ingat lagi tak Mr.A ? haha . .kite ada citer terbaru about him . .meyyhh sini kite citer . .saya jumpa fb si Mr.A ni tao .. whee~~ happy sangat-sangat . . nak add dia ? tak yah laa . .saya pon tak add dia  .saya berharap satu hari nanti dia yang add saya . .saya akan tunggu until my last breath . .si Mr.A ni pulak tak private fb dia tuu . .so,saya boleh tengok semua gambar dia . .pastu Mr.A ni masok nasyid . .wahhh !!
Biodata Mr.A :
Lahir 3 Januari 1996
Smk La Salle
Tinggal kat Taman Pelangi
Pastu yang saya tahu dia ada kakak . .Tuu je la yang saya tahu
. .kita orang ada persamaan auuww . .haha . .nak tahu ? kita orang suka tengok bola sepak . .hehe . .macam mane saya tahu ? saya baca kat wall fb dia laa . .semua saya baca . .tak patut kan ? tuu je laa kot saya nak kongsi korang semua . .terima kasih kerana sudi membaca . .bye . .                 

Thursday, 10 November 2011

Terima Kasih Banyak-Banyak

Hai semua . .
Saya happy sangat-sangat hari ni . .hehe . .nak tahu nape ? meyhh kita citer . .saya minta tolong fieda edit blog saya . .biasalah saya bukan nyer reti nak edit blog ni . .tapi saya suka sangat dengan blog . .haishh . .fieda pandai sangat-sangat edit blog . .cantik auww blog dia . .tak percaya ? nahh try bukak blog dia . .nufiedawaniey.blogspot.com . .dah bukak follow laa yew . .lawa an blog dia . .kita balik pada topik asal  . .fieda edit laa blog saya  . .perhh!! saya bukak macam tak percaya nii blog saya . .cantik kan  blog saya ? haha . .(perasan) . .jangan lupa follow .. .haha . .ni semua hasil kerja nur fidayatul azwaneyda . .terima kasih banyak-banyak . .tak terbalas jasa baik kau fieda . .hehe . .saya nak buat pengumum yang saya suka sangat blog saya nie . .haha . .Terima kasih kerana sudi membaca . 

Aku JEALOUS

hai semua . .
Semalam tak de mood sangat-sangat . .Nak tahu tak sebab ape ? Duduk diam-diam dulu . .Kalau tak nak pergi main jauh-jauh . .haha . .Semalam adik aku dapat surat dari sekolah dia  ..surat tuu mengatakan dia dijemput ke sekolah esk (11.11.2011) untuk menghadiri hari anugerah cemerlang . .sebab dia pelajar terbaik tahun 3 . .mak aku pernah janji kalau dia dapat keputusan cemerlang . .mak aku nak beli handphone touch screen/slide . .aku jealous laa !! aku pon pkai handphone sony ericsson walkman je . .nak buat macam mana dah adik aku tuu pandai . .pape pon tahniah sebab pelajar terbaik tahun 3 . .bye semua . .terima kasih kerana sudi membaca . .haha

Saturday, 15 October 2011

Part 1:The person who I admire most is Mr.A !!


There are so many great things about this boy that I would love to have . .
Mula-mula saya kenal Mr.A kat tuisyen(Perijaya Jalan Ipoh) . .
Pertama kali tengok muka die . .
Tiba-tiba rasa macam nak sangat kenal dengan die . .
Die ni seorang yang pendiam . .
Tuu yang membuat kan saya nak sangat kenal dengan die . .
Muka die tuu macam ada daya tarikan . .
Satu hari tuu . .
Saya kena balik naik bas . .
Tak sangka lak yang Mr.A ni naik bas sama dengan saya . .
Macam jodoh lak . .hahaha!!
Dah laa naik bas sama . .
turun pun tempat yang sama . .
ni bukan 'macam jodoh' daa . .
memang daa jodoh . .
Mula hari tuu ..
everyday saya balik naik bas . .
hahaha . .
Mr.A ni stylish gak arr. . 









die ni suka sangat pakai short pants . .
nampak handsome sangat-sangat . .
pastu die pakai black spectacles . .
haha . .
betul-betul stylish kan die. .

*saya harap saya dapat mengenali nye lebih mndalam
* I hope that when you read this, it makes you think of me!




Sunday, 4 September 2011

Pengalaman Basuh Ayam kt kg !!

28 ramadhan . .
aku baru sampai kt kg . .
penat pun ta hilang lagi . .
haha . .
mak cik aku minta tolong  . .
basuh ayam . .
perhh !!
mula2 rasa cam ta nak tlong . .
tapi . .
mak aku suruh tolong gak . .
kitaorang(aku n cousin) tolong laa. .
kitaorang basuh 3 ekor ayam  . .
perrhh!!
banyak an , an , an . .
haha . .
bau ayam tuu . .
huhh!!
geli gak mula2 . .
dengan lemak+darah ayam tuu
haha






























lbih kurang cam ne laa .. .
pape pon . .
basuh ayam ni best . .
haha . .




*sesiapa yang ta pernah basuh ayam . .
  try laa  . .
  comfirm seronok . .
  haha ..

Friday, 19 August 2011

Batik

Hari nie kami semua(3cekal) ke bilik seni . .
sebab nak siapkan batik . .
yang dah lama tertangguh  . .
Mula2 excited sgt nak siapkan batik tuu . .
tapi bila dah start mencanting  . .
baru laa tahu bahawa nak siapkan batik .
sangat susah . .
lebih kurang cam ni laa mencanting . .














  mencanting . .
mewarna . .
time mewarna tuu best sikit berbanding mencanting . .
akhirnyer batik tuu dapat di siapkan . .
tak laa cantik sangat . .
tapi ok laaa. .
i'm so happy  . .
sebab batik dh siap . .


*try laa buat batik . .
  walaupun agak rumit nak siapkan..
  tapi bila dah siap . .
  rasa cam nak buat lagi . .
  haha . .

Tuesday, 16 August 2011

Terharu laa !! :'(

Smentara tggu bukak puasa ..
saya bukak FB n blog .
biasa lah blog baru buat . .
excited sgt2 nk bukak . .haha
alang2 dh bukak blog . .
saya bukak blog my bff [FIEDA] . .

saya baca laa pe yg die post . .
tiba2 je saya menangis :'(
'post' tu membuat saya terharu sgt2 . .
saya ta pernah dpt kwan cam die . .
die btol2 menghargai diri saya sbagai seorang kawan . .

Fieda sangat baik . .tanpa die saya rasa  . .
saya ta ada blog secantik nie . .

saya ta akan ada FB tanpa die . .
kerana die yang buat semua ni . .
ta kira saya susah ataupun senang . .
die selalu berada disisi saya . .

die juga selalu menenangkn hati saya ..
semasa saya ada masalah . .
saya tak nak kehilangan die[NUR FIDAYATUL AZWANEYDA] . .
sampai bila2 pun . .



*selamat berbuka kepada semua umat islam
*kita ada 25 minit je la nak berbuka . .haha
  bubye . .


Friday, 12 August 2011

Tentang Saya


Nama Saya FATIN MARDHIAH.
Saya berumur 15 TAHUN.
Saya dilahirkan pada 28 MEI 1996.
Saya dilahirkan  di TANAH MERAH,KELANTAN.
Kini saya menetap di KUALA LUMPUR.
Saya bersekolah di JIGSS.
Saya merupakan ANAK KE-2 dari 3 BERADIK.
Saya mempunyai SEOARANG ABANG DAN 2 ORANG ADIK PEREMPUAN.

ABANG saya bernama AZAM ISMULLAH.
Dia kini berumur 18 TAHUN.
ADIK KE-3 saya bernama FATIN NAJIHA.
Dia berumur 9 TAHUN.
Kini dia bersekolah di SK.SENTUL 1.
ADIK KE-4 saya bernama FATIN AISHAH.
Dia berumur 5 TAHUN.

Cute Baby Penguin
COPYRIGHT © 2011 . ALL RIGHT RESERVED BY FATIEN